Friday 1 May 2015

SPORTS DAY SPASTIC CENTRE

  Pada  haribulan 20 April, kumpulan kami mengadakan lawatan ilmiah kumpulan kami ke-4 ke Spastic centre untuk membantu mereka sempena hari sukan tahunan sekolah tersebut. Pada pukul 7.15 pagi, ahli-ahli kumpulan berkumpul di bus stesen UM sentral dan seterusnya kami bertolak denagn taxi. Kami sampai di destinasi pada pukul 7.30pagi Sebaik sahaja tiba, kami cuba bersapa dengan pengetua Spastic centre dan seterusnya memasuki kelas-kelas yang berlainan untuk berjumpa dengan kanak-kanak- spastic yang dikenali sebelum ini.



  Antara kelas-kelas yang dimasuki ialah kelas vokasional, kelas primary, dan kelas pre-primary. Kami bersyukur dan tersentuh kerana bagi mereka yang telah berkenalan masih menyambut kami dengan gembira dan bagi yang tidak mengenali sebelum in menerima kami dengan terbuka. Oleh sebab pengubahan tatcara majlis, perasmian hari sukan ditunda kepada pukul 9.00pagi dan kami mengambil kesempatan untuk berkomunikasi dengan mereka seperti bermain permainan ringkas dan berbual-bual dengan mereka. Semasa tertibanya masa sarapan mereka, kami jugamembantu memberi makanan dan menyuapkan mereka.
  
   Suasana pada spastic centre adalah amat meriah .Semua kakitangan spastic centre sibuk membuat penyiapan dan penyemakan untuk mengelakkan sebarang kecemasan ataupun kemalangan.Selain itu, terdapat banyak ibu bapakanak-kanak juga berserta untuk menantikan hari sukan tersebut sebagai tanda sokongan kepada anak-anak mereka. Kami juga terharu memerhatikan cara-cara komunikasi mereka dan bagaimana ibu bapa menjaga anak-anak merekaseperti menantang minyak yang penuh. Mereka sibuk membantu kanak-kanak dengan pakaian dan persiapan terakhir.Di samping itu, kami juga mendapati bahawa terdapat juga sukarelawan yang dating membantu dari organisasi lain untuk membantu hari sukan mereka. Secara keseluruhannya, suasana di spastic centre amat meriah dan semua orang menunjukkan kesukaan mereka tang tidak tersabar-sabar.



     Lokasi yang akan menjalankan aktiviti-aktiviti sukan adalah  dewan spastic centre.Dewan tersebut telah dihiasi dan diatur untuk mengosongkan kawasan tengah bagi menjalankan aktiviti sukan. Pentas pula dijadikan tempat duduk khas bagi hadirin-hadirin dan ibu bapa sekalian supaya mereka dapat menyasikan persembahan kanak-kanak spastic.Pada pukul 8.50 pagi, semua kanak-kanak bersedia untuk memasuki dewan .Kami turut membantu menghantar mereka seperti menolak kerusi roda dan menyusun penempatan mereka mengikut arahan. Semua kanak-kanak dibahagikan kepada peserta dan penonton dan ditempatkan di dua belah dewan. Kami turut memberi sokongan dan galakkan kepada mereka yang menyertai aktiviti-aktiviti sukan.

     Setelah semua kanak-kanak spastic centre memasuki dewan, kami bertugas menjaga kanak-kanak yang tidak menyertai sebarang aktiviti dan ditempatkan di kalangan penonton.Kami berpendapat untuk berduduk berasingan supaya dapat menjaga lebih banyak kanak-kanak. Sepanjang aktiviti diadakan, kami turut bersorak dan berbual-bual bersama mereka sebagai penonton.

      Setelah ketibaan semua hadirin-hadirin  seperti dermawan dan pengetua spasic centre,hari sukan secara rasminya dimulakan.Majlis  Pembukaan berserta dengan persembahan kanak-kanak spastic tertentu. Pertama sekali, seorang budak lelaki mennunggang sebuah basikal yang direka khas untuk mengelilingi seluruh dewan dalam bimbingan kakitangan spastic centre. Setelah itu, lebih kurang 20 orang kanak-kanak spastic centre berkawak kaki dengan bendera berwarna-warni di dalam dewan tersebut. Mereka menyempurnakan persempahan tersebut dengan bantuan pelbagai jenis peralatan yang berbeza seperti  tonggak khas, scaffolding , kerusi roda dan sebagainya. Kesemua tindakan yang Nampak senang bagi kami sebenarnya bermakna banyak kepada mereka. Semua hadirin  memberi tepukan yang gemuruh sebagai tanda penghargaan usaha mereka. Selepas itu, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu negeri.Hadirin-hadirin juga diminta memberi ucapan dan seterunya merasmikan majlis pembukaan hari sukan tahunan .



          Selepas itu, tertibanya acara-acara sukan yang telah lama dinanti-nantikan oleh kanak-kanak dan ibu bapa. Acara pertama ialan “crawling”. Perserta-perserta diminta meranggak ke destinasi atas lantasan tertentu  setelah mengharungi satu kotak kertas .Terdapat 4 perserta yang menyertai acara ini.Acara kedua ialah “creeping” , peserta diminta menuju ke penamatan menggunakan badan sahaja dan juga menumpahkan 4 botl plastic yang diletak di pengakhiran lantasan sebagai tanda penyempurnaan acara ini.Kedua-dua acara ini amat menyentuh hati kita semasa melihat mereka bertungkus lumus mengharungi kecacatan tubuh badan mereka untuk menyempurnakan tugas asedangkan perkara begini Nampak senang dan biasa bagi kami.Acara-acara berikutnya adalah acara kumpulan iaitu ketiga-tiga ahli kumpulan perlu melaksanakan semua tugas .Contohnya, mencari guli yang paling banyak dalam sepinggan beras dengan garpu,mengaturkan peralatan yang ringkas dan menyimpan mereka semula.

           Semua acara-acara menamat pada pukul 1petang, semua hadirin pergi berehat dan menjamu selera selama 1 jam . Selepas itu, majlis diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah dan begitulah penamatan hari sukan tahunan spastic centre. Kami juga bertolak balik ke UM setelah menyempurnakan tugas kami. Sebelum meniggalkan tempat tersebut, kami mengucapkan selamat tinggal kepada semua kanak-kanak yang berkenalan dan mereka memberi balasan yang hanggat kepada kami. Sebahagian daripada kami berpeluk-pelukan dan dicium oleh mereka.Akhirnya, kami meninggal dengan hati yang berat dan pengalaman yang tidak terharga.

          Kesimpulannya, kami telah dapat mempelajari banyak pengalaman yang berlainan dalam lawatan ilmiah kali ini. Kami telah merasai sendiri bahawa kami perlu selalu bertimbang rasa dan menyokong mereka kerana perkara yang senang seperti jalan kaki merupakan tugas yang susah bagi mereka. Selain itu, kami juga telah mendirikan hubunagn yang lebih rapat dengan kanak-kanak dalam spastic centre. Semoga kami dapat berpeluang melawat mereka lagi.

No comments:

Post a Comment