Friday 1 May 2015

Primary Class





Hari Pertama (22 April 2015)

Hari pertama di Primary Class, kami memulakan aktiviti kami dengan mengenali terlebih dahulu kanak-kanak dan berinteraksi dengan mereka. Pada hari itu, pembantu kepada guru kelas mereka telah menyediakan aktiviti seni kepada mereka iaitu aktiviti mewarna objek berbentuk rama-rama, dan kemudiannya rama-rama tersebut digunting dan ditampal di kertas hitam. Kami turut membantu dan mendorong kanak-kanak di primary class untuk menyelesaikan tugas mereka dan memberikan banyak motivasi kepada mereka supaya dapat menyelesaikan tugasan sendiri tanpa bantuan orang lain. Dengan motivasi yang diberikan, mereka dapat menyelesaikan tugasan mereka dengan mudah, cepat, dan gembira.




Hari Kedua (27 April 2015)
Hari kedua di Primary Class, kanak-kanak ini sudah mengenali kami dan berasa sangat gembira dengan kehadiran kami pada hari tersebut. Pada hari tersebut, kami membantu guru kelas untuk melakukan aktiviti seni. Kami telah menyediakan duit syling seperti 50sen, 20sen, 10sen dan 5sen untuk tugasan seni tersebut. Pertama sekali, kanak-kanak harus meletakkan duit syling di bawah kertas, dan menggunakan crayon untuk mewarnakan coraknya. Selepas corak syling muncur di kertas, kanak-kanak berasa sangat kagum dan gembira kerana mereka boleh mengira berapa kuantiti corak berbentuk syiling yang mereka perolehi. Dengan melakukan aktiviti ini, kami dapat menyatakan bahawa kanak-kanak Spastik  sangat gembira tentang apa yang telah dilakukan oleh mereka atas usaha dan kesungguhan mereka untuk menyiapkan aktiviti yang diberi.


Hari Ketiga (29 April 2015)


Hari ketiga di Pusat Spastik adalah hari terakhir untuk meluangkan masa dan mengadakan aktiviti dengan kanak-kanak di primary class. Kami telah melakukan aktiviti yang telah dipersetujui bersama iaitu aktiviti mewarna pada kertas lukisan yang mempunyai tulisan “LOVE FROM UM”. Kami juga telah membuat satu tag nama berbentuk “love” dan “smiley face” lalu menulis nama mereka dan melekatkannya di baju lengan kanak-kanak di kelas Spastik tersebut. Aktiviti ini turut dilakukan bersama kanak-kanak di kelas pri-primary. Semasa melaksanakan tugasan ini, seorang kanak-kanak membaca perkataan “LOVE” dan memegang tangan fasilator sebagai menanda terima kasih.



No comments:

Post a Comment