Friday 1 May 2015

Pre Primary Class

Hari Pertama : 22 April 2015


Pada 22 April 2015, kami memulakan aktiviti kami bersama pelajar-pelajar di Pre Primary Class. Kelas ini melibatkan kanak-kanak Spastik yang berada dalam linkungan umur antara 2 hingga 6 tahun. Pada hari pertama sesudah sampai di Persatuan Kanak-Kanak Spastik ini, kami mulakan dengan sesi perkenalan dan beramah mesra dengan kanak-kanak tersebut. Seterusnya, kami membantu guru kelas untuk membantu kanak-kanak Spastik ini melakukan aktiviti mewarna pada kertas lukisan yang telah diberikan. Dengan membantu dan meluangkan masa bersama mereka, kanak-kanak Spastik di kelas ini mula menyesuaikan diri dan menerima kami dengan baik. Selepas melakukan aktiviti mewarna, kami menemani kanak-kanak Spastik yang terlibat bagi kelas hydrotheraphy pool. Di sana, kami dapat melihat bagaimana kanak-kanak melakukan terapi di dalam kolam renang dengan melakukan beberapa gerakan dan senaman yang dibantu oleh beberapa orang guru dan ibu bapa di situ.



Hari Kedua : 27 April 2015

Pada hari kedua kami melawat ke pusat Spastik Selangor ini, kami telah membantu kanak-kanak Spastik di kelas Pre Primary ini melakukan aktiviti mewarna pada kertas lukisan yang diberikan oleh guru kelas. Kami membantu mereka untuk memegang pensel warna lalu mewarnakan objek-objek yang terdapat pada kertas lukisan. Tujuan kami membantu memegang tangan kanak-kanak ini adalah kerana pergerakan tangan yang terhad dan menyukarkan mereka untuk mewarna seperti kanak-kanak normal.



Hari Ketiga : 29 April 2015

     Pada hari ketiga, iaitu hari terkhir kami meluangkan masa bersama kanak-kanak Spastic di kelas ini, kami telah melakukan aktiviti yang telah dipersetujui bersama iaitu aktiviti mewarna pada kertas lukisan yang mempunyai tulisan ‘LOVE FROM UM’ dan beberapa objek berbentuk ‘love’ dan bunga. Kami juga telah membuat satu tanda nama (name tag) berbentuk ‘love’ dan ‘smiley’ lalu menulis nama mereka dan meletakkannya di baju kanak-kanak Spastic di sana. Setelah selesai mewarna, guru kelas membantu kami untuk menampal hasil kertas lukisan yang telah diwarnakan di dinding kelas. Sebelum pulang, kami sempat memberikan sedikit cenderahati kepada guru kelas bagi Pre Primary sebagai tanda kenangan dari kami pelajar Universiti Malaya.

No comments:

Post a Comment