Saturday 30 May 2015

Pengenalan








Penampakan luaran banguan spaktik PJ



Definisi Kanak-Kanak Spastik

Pembaca jangan keliru dengan istilah kanak-kanak kurang upaya atau kanak-kanak istimewa, kerana kanak-kanak spastik bukanlah terdiri daripada mereka yang terencat akal, malah ada antara mereka lebih pandai dari kanak-kanak biasa.

Nama keadaan ini dalam bahasa perubatan adalah Cerebral Palsy(CP), dimana mereka mempunyai kesukaran untuk melakukan pergerakkan normal, kekalkan keseimbangan badan dan lain-lain. Sebab utama adalah otak mereka mengalami kerosakkan di bahagian Cerebral Cortex, yang mengawal fungsi motor, fikiran dan fungsi deria.




Terdapat 3 bentuk CP, spastic, athetosis dan ataxia. Spastik merujuk pada kerosakan pada bahagian Cerebral Cortex, athetosis pula kerosakkan pada bahagian Basal Ganglia yang mengawal pergerakkan agar lebih teratur, tersusun dan tepat. Ataxia pula kerosakkan pada bahagian Cerebelum yang mengawal keseimbangan badan, postur koordinasi pergerakkan.

Namun, kerosakkan ini boleh melibatkan struktur otak lain yang menyebabkan mereka buta, pekak dan kesukaran untuk memahami sesuatu informasi. Kerana kesukaran mereka untuk lakukan pergerakan, mungkin ramai akan fikir mereka ini terencat akal, namun tidak semua kanak-kanak spastik begitu.
Setiap kerosakkan pada otak adalah unik dan tiada yang sama antara pesakit spastik, menjadikan klasifikasi ia lebih sukar. Tapi, bagi pusat ini, mereka akan menerima kanak-kanak yang berusia 6-9 bulan ke bawah yang telah didiagnose doktor mendapat CP. Juga kanak-kanak yang tidak pekak atau buta. Ini kerana, agak sukar untuk melembutkan otot dan tulang kanak-kanak spastik yang berusia lebih 9 bulan.

No comments:

Post a Comment