Friday 1 May 2015

Kelas Vokasional

HARI PERTAMA

Pada hari pertama, kami berkenalan dengan cikgu bertugas iaitu Cikgu Normah yang memberikan tunjuk ajar untuk kami menjalankan aktiviti di kelas tersebut dan diberi sedikit taklimat tentang perkembangan kelas tersebut. Kelas vokasional terdapat 28 orang ahli yang terdiri daripada pelajar yang berumur 15 tahun hingga 57 tahun. Daripada 28 orang ahli, terdapat 3 kelompok, kelompok pertama bergantung sepenuhnya kepada cikgu termasuk pergi ke tandas dan mereka tidak dapat melakukan sebarang aktiviti dengan sendirinya, kelompok kedua memerlukan bimbingan cikgu untuk mengajar semuanya melalui pendengaran dan kelompok ketiga pula dapat menaip dan membuat “copy and paste” dalam komputer riba.

HARI KEDUA

Kami melakukan aktiviti melekat serpihan kertas warna atas corak yang diberikan. Pada masa ini, kami menghadapi cabaran untuk membantu mereka kerana kebanyakan mereka tidak dapat mengawal kegigilan tangan dan berasa susah hati melihat sesetengah yang minat buat tetapi tidak dapat menggerakkan tangan.

HARI KETIGA


Kami melakukan aktiviti mengecop daun atas kertas lukisan. Pelajar dibekalkan dengan warna air, daun dan kertas lukisan. Mereka perlu sapukan daun dengan warna air dan mengecop di atas kertas lukisan.

No comments:

Post a Comment