Friday 1 May 2015

Refleksi Individual

 FARHANA NABILA BINTI FAKARUDDIN  ( PEC140006 )

Bersyukur ke hadrat Ilahi  dengan izin-Nya dapat saya dan rakan sekumpulan telah berjaya menamatkan salah satu kajian lapangan dan program bagi memenuhi tugasan subjek wajib Universiti iaitu Jalinan Masyarakat bagi Semester 2 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling. Bagi memenuhi tugasan ini, kami telah memilih Persatuan Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan dan telah menjalankan lawatan serta mengadakan aktiviti dan program selama 3 hari iaitu pada 22, 27, dan 29 April 2015.

Melalui lawatan dan program yang telah dijalankan ini, saya telah mendapat banyak input dan pengetahuan baru serta pengalaman yang berharga berkaitan soal kemasyarakatan di sekeliling kita. Daripada hasil kajian juga, saya telah mempelajari banyak ilmu baru yang dapat saya terapkan dalam melalui kehidupan sebagai seorang anggota masyarakat. Sebagai contoh, saya telah menyedari bahawa betapa pentingnya saya untuk membantu dan memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik dari segi kelemahan dan kekurangan sistem fizikal, mental, dan tubuh badan mereka yang mana berlainan dengan manusia normal.

Di samping itu, di Pusat Spastik ini, saya dapat mengenali pelbagai kanak-kanak Spastik yang mempunyai masalah kekurangan fizikal yang berbeza. Dengan mengadakan aktiviti bersama mereka seperti aktiviti mewarna, menampal corak gambar pada kertas lukisan, menemani mereka untuk bersukan dan melakukan terapi, menemani mereka ketika makan, melayan karenah dan ragam mereka, dan lain-lain lagi sememangnya menjadi satu pengalaman yang baru buat saya yang mana pengalaman ini membukan mata saya bahawa betapa pentingnya saya untuk bersyukur dan sedar bahawa komitmen dan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Tambahan pula, sepanjang ketiga-tiga hari tersebut saya dan ahli-ahli kumpulan saya dapat melihat bagaimana kanak-kanak di sini melakukan terapi serta aktiviti-aktiviti lain seperti hydrotherapy yang berkonsepkan aktivit berenang di dalam kolam sambil terapi, pemulihan dan pembelajaran yang merangkumi fisioterapi, ‘speech therapy’, serta banyak lagi.

Dengan melihat dan membantu mereka dalam melakukan aktiviti berikut semenangnya menjadi satu pengetahuan dan pengalaman baru yang membuka minda kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta memahami dunia sebenar kanak-kanak spastik ini. Selain itu, dengan melakukan aktiviti dan program bersama mereka, saya sedar bahawa betapa bahagia dan seronoknya mereka apabila kami datang melayan dan melakukan aktiviti bersama-sama mereka. Tambahan pula, dengan melihat, membantu, dan melayan mereka juga, saya dan ahli kumpulan dapat merasakan hubungan yang semakin erat dipupuk antara kami dengan kanak-kanak Spastik ini.

  Akhir sekali, dapat dikonklusikan bahawa dengan melakukan lawatan dan program bersama kanak-kanak spastik di Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan sememangnya banyak membantu saya untuk memahami keadaan sebenar masyarakat yang kurang bernasib baik sejak dilahirkan seterusnya meningkatkan lagi rasa keprihatinan saya terhadap masyarakat. Selain itu, dengan melakukan program sebegini telah membuka mata saya bahawa hidup kita adalah untuk memberi dan bukannya hanya perlu mementingkan diri sendiri melakukan kerja-kerja seharian untuk mencapai kejayaan dan kekayaan, namun perlu untuk kita sedar bahawa kita juga perlu peka dan tahu tanggungjawab terhadap masyarakat di sekliling. 



KOHILAVANI A/P ELANKOVEN PEC140012

            Pada permulaannya, saya tidak ada beberapa pengetahuan tentang apakah definisi spastic. Saya telah bertanya-tanya tentang perkara tersebut. Kemudian, saya telah cari laman web spastic centre tersebut dan melalui sumber tersebut, saya mendapat sedikit pengetahuan bahawa "spastic" adalah seseorang dengan Cerebral Palsy. Ini adalah gangguan pergerakan yang terdapat dalam tahun-tahun awal kehidupan. Ia adalah disebabkan oleh kerosakan atau kegagalan untuk berkembang secara normal di sebahagian kecil daripada otak mengawal aktiviti-aktiviti ini.
           
           Kelas yang diberikan kepada saya adalah kelas ‘living skills’. Dalam kelas tersebut terdapat kira-kira 10 pelajar tetapi ketika saya masuk ke kelas untuk kali pertama, terdapat hanya sekitar 7 pelajar di dalam kelas. Terdapat beberapa pelajar yang tidak hadir dan ada yang pergi ke hydrotheraphy. Pada hari itu saya dan kawan saya Sing Yee hanya duduk dan memerhaikan persekitaran kelas tersebut. Apabila kami sampai ke sana, ia adalah waktu rehat di sana, kami telah membantu beberapa pelajar yang berkerusi roda untuk membawa mereka keluar dari kelas ke luar. Kemudian, kami telah menemubual dengan pembantu kelas di sana, Puan Mary. Beliau memberitahu kami lebih lanjut mengenai kanak-kanak di situ. Melalui beliau, kami mendapat tahu bahawa terdapat beberapa kanak-kanak yang tidak boleh memegang pensel dan menulis atau mewarna. Di kelas tersebut mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, kanak-kanak yang boleh menulis dan mewarna telah berada di bahagian kiri dan di sebelah kiri pula kanak-kanak yang tidak boleh menulis atau mewarna.

Selepas rehat, guru kelas tersebut telah memberi tugasan melukis untuk kanak-kanak di sebelah kiri dan berinteraksi dengan kanak-kanak di sebelah kanan. Beliau telah membantu sebuah pelajar untuk duduk lurus tanpa menggunakan bantal di belakang. Saya telah berasa sedih apabila melihat kanak-kanak di sana, tidak kira umurnya berapa, mereka tidak boleh berinteraksi ataupun berjalan seperti orang biasa. Mereka sering mendapati sukar untuk mengawal ekspresi wajah mereka dan boleh kelihatan lemah. Tidak kira umurnya berapa, tetapi berasa amat susah hati bila melihat kanak-kanak kira-kira umurnya 2 atau 3 tahun juga mengalami masalah dengan betutur dan berjalan.  

            Walaubagaimanapun, program “We Care” ini telah memberi pengetahuan lebih lanjut tentang spastic dan saya telah belajar tentang kanak-kanak istimewa ini. Saya berasa amat selesa dengan layanan guru-guru dan pembantu kelas di SCASFT dan beringin untuk melawat kanak-kanak tersebut sekali lagi.


CHONG PEI YING PEC 140003


Kami telah melawat ke Spactic Centre sebanyak 4 kali sepanjang aktiviti ‘We Care’ dibawah kursus Jalinan Masyarakat.

Yang pertama sekali, lawatan ke Spactic Centre telah banyak membuka mata. Kami diberitahu bahawa kecacatan ini disebabkan pada bahagian korteks motor yang boleh mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap otot-otot yang boleh dikawal (voluntary muscle). Ia menyebabkan koordinasi pergerkan menjadi susah, di mana stimulasi menyebabkan ketegangan otot-otot. Ini seterusnya akan mengakibatkan getaran dan ketidakseimbangan yang menghalang pergerakan yang sempurna dan lancar. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang terbesar di kalangan kanak-kanak yang menghidap Cerebral Palsy atau kelumpuhan otak.

Dalam masa pergaulan beberapa hari, kami dapat merasai sikap positif yang terdapat dalam kanak- kanak di situ. Begitu juga dengan ibu bapa mereka. Mereka tidak merungut dengan kesusahan yang dihadapi malah berusaha untuk meneruskan hidup. Mereka tidak berputus asa dengan diri mereka walaupun keadaan mereka tidak begitu memuaskan. Usaha dan jagaan yang diberi oleh ibubapa juga memberi impak yang besar kepada kami. Mereka telah menyedarkan kami bahawa kasih sayang yang diberi oleh ibubapa kepada anak- anak mereka adalah begitu besar dan mulia seta tanpa syarat.

Selain itu, kami juga mendapati kurangnya perhatian masyarakat serta kerajaan terhadap isu kanak spaktik. Pusat- pusat spaktik juga jarang dijumpai di seluruh Malaysia. Pada hakikatnya, penjagaan yang terapi amat diperlukan diberi kepada kanak- kanak spaktik. Sokongan moral dan kewangan juga harus diberi kepada ibubapa kanak- kanak spaktik.

Walaubagaimanapun, keharmonian antara pelbagai kaum dan etnik dapat diperlihat melalui aktiviti lawatan ke pusat spaktik. Kanak- kanak spaktik diterima tanpa mengira kaun dan agama, serta sukarelawan dan cikgu- cikgu yang bertugas di pusat spaktik juda terdiri daripada pelbagai kaum.

Secara menyeluruhnya, adalah menyentuh hati dan perasaan serta menyedarkan diri kita bahawa bersyukurlah dengan kesempurnaan anggota badan kita. Serta jangan lupa kita untuk memberikan pertolongan kepada orang- orang yang ada pada sekitar kita.





HONG SING YEE PEC140009

 Before this, I had also visited one centre which placed disabled people, ranging from as young as 7 years old children to 78 years old civilians but I never really had the chance to interact with the disabled people there. That was the really first time I have ever encountered disabled people in such a short distance and having a short conversation with the person in charge of the centre who is also a disabled man around age 50 something.  

     This time, my visit to Spastic Children Association of Selangor and Federal Territory (SCASFT) has given me a chance to interact closely with the children there. I was assigned to Living Skill and Vocasional class where most of them are at age around 10 and above. Some of them couldn’t talk but there are a few who can talk normally. Among those who can talk are Qiao Ern and Jun Wei, both 14 years old. Qiao Ern definitely looks normal to me, since she can walk and eat on her own and also even the top of her class, if I were to position them according to their ability. However, the way she walks still gives people a first impression of “disabled people”. But inside, she is still one young girl who loves to receive gifts and dress up beautifully like any normal young girls. She shared with me that she is the only girl in her family, so I can see why she was extremely close to me on the first day I met her, clinging to me, tied my hair and hold my hands while we were talking, because she wants an elder sister to share things to. Definitely, she felt extremely ecstatic over the hair pins I gave her on my second trip.

     Leela, Nabil, Evonne, ZiYi, Syaihrul, Ren Kai and Adrian are another 7 students in the class, where every of them are in wheelchair, except Nabil who looks extremely cute and lovely because of his petite body size. I was always wondering, if they were born as a normal people, how would their life be currently? Will Qiao Ern scores straight A’s in SPM? Or will Syaihrul become an outstanding football player in his school while Leela becoming a strict prefect in her school? It doesn’t mean they don’t deserve a normal attitude from society just because they are a little bit imperfect on the outside and inside. While we are born normal, we should feel grateful and do what we can to help others who need help. Never ever look down on people who are having some imperfections because everyone is created the same; they might be having a life a little different from us, but they are still God’s beautiful creations. What goes around, comes around. I have learned that if you help people, someday people will help you back. I wish to end my words with: Lord, if I am ever ungrateful, please forgive me.




JONG YIK KHOON PEC140011

Selepas beberapa kali meluangkan masa mengendalikan program “We Care” di Spastic Centre Petalling Jaya, saya mendapati diri saya banyak memperolehi faedah daripada program ini. Bagi saya aktiviti ini bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan subjek Jalinan Masyarakat sahaja, malah ia juga memberi peluang yang amat bernilai untuk diri saya mempelajari ilmu pengetahuan dan pengalaman yang tidak diajar dalam kelas kuliah. Di samping itu, saya dan rakan-rakan juga mempelajari pengajaran bahawa kita seharusnya berasa bersyukur kerana dilahirkan dengan tubuh badan yang sihat serta sempurna.

                Pertama sekali, melalui program ini, saya dan rakan-rakan dapat mempelajari apa itu penyakit Spasticity, di mana selaras dengan objektif utama program kami. Spasticity merupakan sejenis penyakit di mana fungsi otak seseorang terganggu, saraf-saraf yang mengendalikan pergerakan tubuh, pemikiran, pembelajaran serta penglihatan tidak dapat berfungsi dengan normal. Punca-punca utama yang menyebabkan penyakit ini adalah otak bayi belum bertumbuh dengan sepenuhnya apabila dilahirkan. Selain itu, otak bayi mengalami kekurangan oksigen semasa proses kelahiran juga merupakan salah satu faktor. Melalui pengetahuan ini, saya sedar bahawa penyakit Spasticity ini tidak mengambil kira agama, kaum serta jantina seseorang, sesiapa sahaja boleh ditimpa oleh penyakit ini termasuk orang di sisi kita. Justeru, kita harus memberi perhatian terhadap penyakit ini serta memberi sokongan dan bantuan terhadap golongan pesakit ini.

                Seterusnya, selepas beberapa hari berinteraksi dengan mereka, saya  sedar bahawa mereka juga merupakan manusia ciptaan Tuhan sama seperti diri kita, di mana mereka juga berhak mendapat layanan yang baik daripada orang sekeliling. Mereka juga harus diberi hak yang sama untuk mendapat perlindungan, peluang belajar, bermain serta menikmati kegembiraan dan kebahagiaan. Masyarakat tidak boleh mengetepikan golongan ini, sebaliknya kita semua bertanggungjawab memberi bimbingan , pertolongan serta sokongan kepada diri mereka. Sepanjang program ini dijalankan, kami berasa amat simpati apabila melihat keadaan mereka dan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka menyempurnakan aktiviti yang diadakan. Kami berasa amat bahagia dan bersyukur pada saat-saat melihat mereka senyum kegembiraan menikmati aktiviti yang dilakukan oleh kami.

                Di samping itu, melalui program ini, saya juga dapat mempelajari pelbagai perkara atau nilai yang penting daripada kanak-kanak Spastic Centre. Yang paling penting sekali adalah semangat yang tinggi dan juga pespektif yang positif. Apabila menjalankan aktiviti mewarna, walaupun mereka tidak dapat memegang pensil warna dengan baik tetapi mereka masih tidak berputus asa untuk mencuba mewarnakan gambar yang diberi. Walaupun perlahan, tetapi dengan bimbingan orang sekeliling, mereka mampu melaksanakan tugasan.  Sewaktu hari sukan, iaitu hari terakhir kami berkunjung ke sana, para pelajar menunjukkan semangat yang amat tinggi dalam menghabiskan acara mereka walaupun acara tersebut tidak senang. Hal ini telah memberi ikhtibar yang penting kepada kami, iaitu kita seharusnya merempuh segala halangan, onak dan duri  dalam kehidupan seharian penuh dengan keyakinan dan fikiran positif.

                Akhir sekali, melalui diri mereka, saya boleh lihat betapa bersatunya mereka walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama serta peringkat umur. Apabila tibanya waktu makan atau sesuatu aktiviti dijalankan, mereka akan membantu antara sama lain, seperti membimbing rakan-rakan untuk berjalan, menolong menolak kerusi roda , mengambil barang dan sebagainya. Nilai ini lah sepatutnya ada di dalam diri semua ahli masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Seandainya semua ahli masyarakat mengaplikasikan nilai ini, saya yakin masyarakat Malaysia tentu akan bertambah harmoni dan bersatu.

                Akhir kalam, melalui program ini, saya dapat mempelajari lebih mendalam tentang penyakit spasticity dan sedar bahawa golongan ini memerlukan perhatian, sokongan serta bantuan daripada masyarakat umum.  Di samping itu , diri saya juga mempelajari banyak pengetahuan , pengajaran dan ikhtibar melalui aktiviti ini serta golongan kanak-kanak di Spastic Centre.





HOI KAH MUN PEC140008

 
Setelah menamatkan tugasan jalinan masyarakat kali ini, kami telah mengharungi pelbagai cabaran dan halangan. Namun, kami tetap dapat menyempurnakan tugasan kami di atas usaha ahli kumpulan bersama. Saya berasa bersyukur kerana dapat mempelajari banyak pengalaman dan pengetahuan daripada  ahli kumpulan yang berkaliber dan berkebolehan. Terdapat banyak memori yang indah dan pengalaman yang berguna sepanjang tugasan kami.
Pada peringkat awal persediaan, kami berbincang bersama-sama untuk menentukan destinasi yang bersesusaian, kami telah mencadangkan pelbagi lokasi seperti rumah anak yatim, rumah orang tua, perkampungan orang asli dan sebagainya. Kemudian, dua orang daripada ahli kumpulan kami iaitu Dinesvari dan Vaneswary mencadangkan untuk melawat ke Persatuan Kanak-Kanak Spastik. Mereka berpendapat bahawa kami kurang memahami tentang golongan yang kurang upaya ini dan mereka sebenarnya memerlukan lebih banyak kasih sayang daripada masyarakat. Pada mulanya kami berasa risau kerana tidak pernah berkenalan dan berdepan dengan golongan istimewa sebegini tetapi akhirnya kami bersetuju dengan cadangan ini kerana ingin mendapat pengalaman yang lebih banyak.
Setelah menentukan target kami, kami bermula mengagihkan tugasan. Dengan ini, kami mendapati bahawa pembentukan suatu organisasi yang cekap adalah amat penting dalam melaksanakan sesuatu tugas. Pada hari yang berikutnya, semua anggota kumpulan berusaha menyempurnakan tugasan masing-masing.Seterusnya, kami juga berjaya melawat ke Spastic Centre beberapa kali dan menjalankan aktiviti dengan mereka.
Semasa menjalankan aktiviti dengan mereka, perspektif kami terhadap golongan kurang upaya seperti mereka juga turut berubah.  Atas bantuan kakitangan di Spastic centre yang mesra, kami dapat mengetahui bahawa setiap kanak-kanak spastic mempunyai perangai yang berbeza,  keperluan yang berlainan dan masalah masing-masing. Oleh itu, kami hendaklah mengenali mereka setiap satu untuk memahami mereka. Terdapat  banyak kanak-kanak yang ramah mesra dan optimistik. Walaupun mereka kurang mampu menyampaikan perasaan mereka dengan baik, mereka akan cuba mengeluarkan kata-kata aluan mereka terhadap kami dan sudi untuk berkawan dengan kami. Namun, terdapat juga kanak-kanak yang bersikap panas baran dan bersifat defensif untuk mengenali kami. Oleh itu, kami telah belajar bahawa kita sepatutnya berusaha untuk memahami mereka dengan sabar dan ikhlas , barulah mereka dapat menerima kita.
Selain daripada kanak-kanak spastik, kami juga berpeluang berjumpa dan berkomunikasi dengan ibu bapa dan kakitangan di Spastic Centre. Kami berasa kagum melihat mereka melayan semua  kanak-kanak dengan penuh kasih sayang dan teliti. Semua kakitangan Spastic centre adalah bersikap lemah lembut dan ramah mesra. Mereka banyak membantu kami memahami dan berkenalan dengan kanak-kanak di sana. Di samping itu, peluang untuk berkomunikasi dengan ibu bapa juga banyak membawa kesedaran kepada kami. Kami turut tersentuh apabila mereka berkongsi pengalaman mereka untuk menjaga anak-anak mereka dan bagaimana mereka menerima hakikat yang sukar untuk diterima ini semasa mengetahui anak-anak mereka mendapat penyakit yang serius. Kesungguhan, ketabahan dan kasih sayang mereka yang tiada henti amat menyentuh hati kami.
Selepas tugasan jalinan masyarakat ini, kami dapat mengetahui bahawa segala kemudahan dan keselesaan yang kami nikmati sekarang bukan sesuatu yang biasa tetapi tidak terharganya. Oleh itu, kami hendaklah sentiasa bersykur dan menghargainya. Selain itu, kami juga sedar bahawa terdapat banyak golongan yang kurang upaya di masyarakat ini amat memerlukan perhatian dan sokongan daripada kami supaya mereka tidak berasa terpinggir daripada masyarakat.  Kami juga bertekad untuk menjadi seorang kaunselor yang penuh kesabaran, kesungguhan dan empati supaya dapat membantu lebih banyak orang yang memerlukan.


 DINESVARI A/P RAMADAS PEC140004


Kami pelajar kaunseling telah berjaya menyiapkan tugasan jalinan masyarakat di SPASTIC Centre Petaling Jaya pada 22, 27 dan 29 April 2015. Kami telah menghantar kertas kerja kepada pengetua dan meminta kebenaran sebelum melakukan aktiviti di sana. Semua kanak-kanak di Pusat Spastik  ini adalah terdiri daripada orang kurang upaya yang kebanyakan menghadapi down syndrome.
            Pada hari pertama, kami seramai 9 orang ahli mangambil teksi untuk sampai ke Spastic Centre pada pukul 8.30 dan kami dibahagikan kepada 4 kelas iaitu kelas pre-primary, kelas primary, kelas LSC dan kelas Vokasional. Kelas vokasional menjadi pilihan saya bersama ahli kumpulan saya Vani. Pada hari pertama, kami berkenalan dengan cikgu bertugas iaitu Cikgu Norma yang memberikan tunjuk ajar untuk kami menjalankan aktiviti di kelas tersebut dan diberi sedikit taklimat tentang perkembangan kelas tersebut. Kami berkenalan dengan budak di sana pada hari pertama dan merasakan bahawa mereka sangat istimewa dan unik. Kami mengambil sedikit masa untuk memahami bahasa badan mereka dan respons mereka terhadap perlakuan kami. Walaupun tidak berapa faham bahasa mereka, tetapi kami dapat mendekati mereka dan mereka memberi senyuman sebagai tanda menerima kami yang menyebabkan kami teruja sangat.
            Pada 27 April 2015, kami melukakan aktiviti melekat serpihan kertas warna atas corak yang diberikan. Pada masa ini, kami menghadapi cabaran untuk membantu mereka kerana kebanyakan mereka tidak dapat kawal getaran tangan dan berasa susah hati melihat sesetengah yang minat buat tetapi tidak dapat mengerakkan tangan. Tetapi, Saya rasa kita amat bertuah kerana dapat melihat segala ciptaan Tuhan. Mereka berseronok dengan aktiviti yang dilakukan dan kami berpuas hati tengok mereka memberi kerjasama.
Pada 29 April 2015, sesetengah pelajar dapat mengecam wajah kami dan masa itu berasa mereka menjadi salah seorang ahli keluarga. Saya dapat merasakan hubungan kami semakin erat dan mereka mula menegur kami dengan memanggil kami kakak dan senyum terhadap kami. Pada masa ini, saya tersentuh dengan seorang budak bernama Ling yang tidak dapat bercakap. Dia berasa seronok sangat melihat saya dan mengeluarkan bunyi dengan ketawa untuk menegur saya. Sewaktu itu saya berasa amat sedih membayangkan keadaan mereka yang kurang menyenangkan  tetapi bangga terhadap mereka kerana pada masa kini insan normal jarang memberi teguran dan masing-masing sibuk dengan gajets tetapi mereka memberi salam dengan pandangan mereka yang cukup menenangkan hati.
Pada hari terakhir, kami melakukan aktiviti mengecop daun atas kertas lukisan. Pelajar dibekalkan dengan warna air, daun dan kertas lukisan. Mereka perlu sapukan daun dengan warna air dan mengecop di atas kertas lukisan. Seperti biasa, kami membantu pelajar yang tidak dapat melakukan dengan sendiri dan mereka gembira dan rasakan mereka yang melakukan hasil tersebut. Selepas aktiviti tersebut, tangan mereka kotor dengan warna air dan mula main dengan kami dan cikgu dengan memberi salam kepada kami dan mengotorkan tangan kami. Kami tidak terlepas untuk ketawa dengan aksi lucu mereka dan kami juga menjadi budak kecil di hadapan mereka supaya mereka ledih mendekati kami. Dengan pemberian cenderahati kepada cikgu kelas dan pengetua maka berakhirlah sesi kami di Spastic centre.
          Keyakinan dalam diri mereka yang kurang upaya telah memberi kesedaran kepada diri saya supaya menghargai segala perkara dalam hidup kita dan menggunakannya dengan cara yang betul. Mereka juga memberi pengajaran kepada kita supaya saling bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira agama kerana pelajar yang dapat berjalan di sana tidak disuruh untuk membantu menolak kerusi roda pelajar lain . Kita harus belajar menghargai segala ciptaan Tuhan dan tidak harus mengeloh jika mengalami apa-apa masalah. Kita juga diberi dedahan supaya berani menghadapi pelbagai jenis cabaran supaya dapat berjaya dalam hidup kita pada masa akan dating.
             Kesimpulannya, aktiviti ini telah banyak memberi inspirasi kepada diri saya supaya menghargai apa yang kita miliki. Kita harus berterima kasih kepada Tuhan kerana telah mencipta kita dengan sempurna tanpa kecacatan. Kita juga harus menyemai  nilai-nilai moral yang lebih tinggi dalam diri kita supaya menghormati orang kurang upaya dan membantu golongan tersebut. Sekian terima kasih.

VANESWARY NAIDU A/P MANIVARAN
            Kami pelajar kelas jalinan masyarakat telah menjalankan kerja lapangan kami di  Spastic Centre di petaling jaya). Kami telah menjalankan kerja lapangan kami selama 3 hari iaitu pada 22,27 dan 29 Mei 2015. Kami selalu memulakan aktiviti kami pada pukul 8 pagi dengan para pelajar di sana.
            Kami diberikan sebanyak 4 kelas untuk diambil alih iaitu kelas LSC, kelas pre-primary, kelas primary dan kelas vokasional oleh pengetua pusat Spastic tersebut. Kami seramai 9 orang dalam satu kumpulan telah menjalankan aktiviti jalinan masyarakat di pusat tersebut. Kami membahagikan setiap tugasan mengikut jawatan yang telah diberikan. Kami telah berpecah kepada 4 unit kecil untuk mengambil setiap kelas pada waktu yang sama. Hal ini dapat memudahkan setiap aktiviti dijalankan dengar lancar tanpa apa-apa halangan.
          Setiap kelas di sana mempunyai guru kelas masing-masing. Kelas yang saya mengambil alih kelas vokasional. Nama guru kelas vokasional adalah cikgu Normah. Saya bersama rakan sekumpulan saya iaitu Dinesvari A/P Ramadas telah menjalankan beberapa aktiviti di kelas tersebut. Kami telah menjalankan beberapa aktiviti seperti yang dirancang bagi setiap 3 hari yang kami merancang ingin menjalankan aktiviti di pusat tersebut.
            Pada hari pertama iaitu pada 22 Mei 2015 kami telah dipertanggungjawabkan ke kelas Vokasional. Pada hari pertama kami hanya melakukan aktiviti temubual guru kelas tersebut. Kami telah mengumpul segala maklumat mengenai golongan kurang upaya yang terdapat di dalam  kelas vokasional tersebut. Melalui temubual tersebut kami berpeluang untuk lebih mengetahui tentang golongan pelajar di dalam kelas vokasional. Jumlah golongan kurang upaya yang terdapat dalam kelas tersebut adalah seramai 28 orang. Kami juga dapat mengetahui bahawa terdapat golongan yang berada dalam lingkungan umur 15 hingga 57 tahun. Kami juga mengadakan sesi temubual bersama golongan kurang upaya di dalam kelas tersebut dan dapat mengetahui bahawa terdapat juga antara mereka yang boleh memberi respon yang bagus terhadap aktiviti yang dijalankan. Maka dengan sesi tersebut kami telah mengakhiri aktiviti kami pada hari tersebut.


Pada hari kedua iaitu pada 27 Mei 2015 kami memulakan aktiviti kami dengan aktiviti menampal kertas warna di atas lukisan diperoleh kepada mereka. Kami menyediakan serpihan kertas yang berwarna-warni untuk menjalankan aktiviti ini. Kami membantu mereka dalam melakukan aktiviti ini kerana ada di kalangan mereka yang sukar melakukan sesuatu aktiviti secara sendiri. Kami membantu mereka dengan cara memegang tangan mereka semasa menampal kertas-kertas warna pada lukisan yang disediakan. Kami telah melayan mereka dengan sabar kerana mereka memerlukan masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Maka 4 jam kemudian dapatlah kami menyiapkan aktiviti bagi hari tersebut.
Pada hari terakhir iaitu pada 29 pula kami merancang untuk menjalankan aktiviti membuat corak menggunakan daun atas kertas lukisan. Setelah semua pelajar tiba di kelas pada pukul 8 pagi kami memulakan aktiviti kami. Saya telah memberi arahan tentang cara bagaimana perlu melakukan aktiviti tersebut iaitu menyapu warna air pada sehelai daun dan menekap coraknya pada kertas lukisan.Setelah menerangkan seperti biasa ada yang sudah mula melaksanakan tugasan yang diberikan dan sesetengah lagi kami telah menghulurkan bantuan. Mereka melakukan aktiviti tersebut dengan penuh bahagia dan kami juga turut gembira semasa menjalankan aktiviti tersebut. Maka setelah siap melancarkan semua aktiviti di kelas vokasional kami menyerahkan sebuah cenderahati kepada guru kelas tersebut. Cikgu Normah juga telah menerima pemberian kami dengan penuh gembira.
Maka di sini saya ingin berterima kasih kepada pengetua Pusat Spastic tersebut kerana telah memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kerja lapangan kami di pusat tersebut. Saya juga ingin berterima kasih kepada guru kelas vokasional iaitu Cikgu Normah yang banyak membantu kami dalam manjayakan aktiviti kami di pusat tersebut. Melalui aktiviti ini banyak perkara dapat saya  pelajari. Saya telah belajar bersabar, menghormati golongan kurang upaya, melaksanakan sesuatu aktiviti yang diarahkan dengan lebih lancar dan lain-lain lagi. Saya amat gembira dan berasa tenang apabila berada di pusat Spastic tersebut. Saya amat berbahagia kerana berpeluang untuk mengetahui mengenai cara hidup mereka dengan lebih mendalam.
Kesimpulannya, aktiviti ini telah banyak memberi inspirasi kepada diri saya supaya menghargai apa yang kita miliki. Kita harus berterima kasih kepada Tuhan kerana telah mencipta kita dengan sempurna tanpa kecacatan. Kita juga harus menyemai  nilai-nilai moral yang lebih tinggi dalam diri kita supaya menghormati orang kurang upaya dan membantu golongan tersebut. Sekian terima kasih

WAN JING MUN PEC140036

  Sebanyak 4 hari di pusat spastic centre, saya berasa sangat bermotivasi kerana sebelum itu, saya selalu berasa saya adalah tidak berguna. Selepas bergaul dengan kanak-kanak di sana, persepktif saya terhadap kanak-kanak spastic sudah berubah, walaupun mereka kurang berupaya, tetapi jiwa mereka adalah kuat dan bersemangat. Mereka selalu membantu kawan-kawan mereka dengan sedaya upaya. 

  Selain itu, kanak-kanak di spastic centre sangat mesra, dan sangat gembira ketika menjumpai sukarelawan datang ke kelas mereka. Mereka suka bergaul dengan sukarelawan walaupun mereka ada kesusahan semasa percakapan. Mereka masih mengharapkan sukarelawan boleh mendengar perbualan dengan sabar dan bergaul dengan hati yang ikhlas.

  Kanak-kanak di sana memerlukan perhatian dari sukarelawan kerana mereka susah untuk menjelaskan perasaan dan kehendak mereka. Mereka akan mencuba cara-cara yang berbeza untuk berkomunikasi dengan sukarelawan seperti menulis di kertas atau menggunakan alat permainan yang boleh mengeluarkan suara. Mereka sudah memikir cara-cara untuk mengeratkan hubungan dengan kami, adakah kami juga begitu?

  Semasa Hari Sukan, saya berasa amat bangga terhadap mereka kerana mereka menggunakan seluruh tenaga untuk menyelesaikan pertandingan mereka walaupun susah. Aksi-aksi yang senang seperti berbasikal, melambaikan tangan, berjalan, memegang garpu adalah sangat susah terhadap mereka. Tetapi semangat mereka sudah memenagi semua aspek.

  Nilai yang saya mempelajari ialah, walaupun kami bukan sempurna, tetapi kami masih boleh membantu kawan-kawan kami dengan apa yang kami mempunyai.

1 comment:

  1. hi, selamat pagi. boleh saya dapatkan details awak untuk saya menemu bual tentang aktiviti kesukarelawanan yang merupakan aktiviti didalam universiti saya.

    ReplyDelete