Thursday 28 May 2015

Kertas Kerja

KERTAS KERJA PROGRAM
‘WE CARE’

TARIKH:
 22, 27 & 29 APRIL 2015

TEMPAT:
SPASTIC CHILDREN’S ASSOCIATION OF SELANGOR & FEDERAL TERRITORY
14, LORONG UTARA A, PO BOX 48, 46700 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.

ANJURAN:
KUMPULAN PELAJAR JALINAN MASYARAKAT,
UNIVERSITI MALAYA
SEMESTER 2 SESI 2014/2015


KERTAS KERJA PROGRAM KE SPASTIC CHILDREN’S ASSOCIATION OF SELANGOR & FEDERAL TERRITORY

1.0              TUJUAN PROGRAM

Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan secara terperinci mengenai aktiviti perjalanan program ke Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory.  Aktiviti ini dijalankan oleh kumpulan pelajar jalinan masyarakat Universiti Malaya semester 2 sesi 2014/2015 bagi memenuhi tugasan kerja lapangan bagi kursus Jalinan Masyarakat (GXEX1417) di bawah bimbingan Dr. Noor Aishah Binti Rosli.

Strategi utama program ini adalah untuk mewujudkan kemesraan antara pelajar mahasiswa Universiti Malaya dengan kanak-kanak spastic. Kemesraan ini amat penting dipupuk bagi melahirkan seorang insan yang mempunyai kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat.

Bagi mewujudkan kesepaduan sosial tersebut, kami mengambil peluang ini untuk mendekati pelajar-pelajar ini dengan melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan hubungan interaksi bersama mereka. Melalui aktiviti ini sifat keterbukaan antara pelajar mahasiswa Universiti Malaya dengan kanak-kanak spastic ini dapat diwujudkan.

Kami yakin dengan program ini dapat mewujudkan kesepaduan sosial antara mahasiswa Universiti Malaya dengan kanak-kanak spastic dan dapat berinteraksi dengan lebih berkesan di ruang yang lebih selesa. Program sebegini juga dapat membuka minda mahasiswa Universiti Malaya untuk lebih peka dengan persekitaran yang boleh mewujudkan kesepaduan sosial antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu, setelah membuat perhitungan dan perbincangan objektif, belanjawan, misi dan sasaran mengenai projek ini. Kami telah sebulat suara untuk memilih Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory sebagai tempat perkongsian ilmu dan menimba pengalaman bersama-sama mereka supaya objektif kajian ini dapat dicapai dengan jayanya.



2.0              OBJEKTIF

2.1              Membuat kanak-kanak spastic sedar bahawa masyarakat mengambil berat tentang mereka.
2.2              Menceriakan kanak-kanak spastic
2.3              Mengetahui lebih lanjut mengenai spasticity
2.4              Menyebarkan pengetahuan tentang spasticity kepada orang ramai


3.0              PENGLIBATAN PROGRAM
3.1              Jumlah urusetia adalah seramai 10 orang
3.2              Jumlah peserta adalah seramai


4.0              MAKLUMAT PROGRAM
Nama Program: We Care.
Tarikh              : 22, 27 & 29 April 2015
Hari                 : Rabu, Isnin & Rabu
Tempat            : Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory
14, Lorong Utara A, Po Box 48, 46700 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Anjuran           : Kumpulan Pelajar Jalinan Masyarakat
                         Universiti Malaya Semester 2 Sesi 2014/2015
Sasaran            : Kanak-kanak spastic

5.0              SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA
Rujuk Lampiran A

6.0              TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
7.0              ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C

8.0              PENUTUP
            Kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama yang sewajarnya dari pihak-pihak terbabit agar kita semua dapat memberi manfaat yang tidak ternilai kepada kanak-kanak spastic. Semoga program ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Harapan pihak kami juga akan lebih tinggi sekiranya program ini dapat dilakuka secara berterusan dengan bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.           
LAMPIRAN A

SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT PROGRAM
Dr. Noor Aishah Binti Rosli


PENGARAH
Jong Yik Khoon


TIMBALAN PENGARAH
Dinesvari a/p Ramadas


SETIAUSAHA
Kohilavani a/p Elankoven


PENOLONG SETIAUSAHA
Hong Sing Yee


BENDAHARI
Hoi Kah Mun


BIRO KOMUNIKASI
Vaneswary Naidu a/p Manivaran


BIRO PENGANGKUTAN
Wan Jing Mun


BIRO PUBLISITI
Chong Pei Ying
Farhana Nabila Fakaruddin





LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama

MASA

AKTIVITI
8.00 pagi
Sarapan
8.30 pagi
Bertolak ke destinasi
9.00 pagi
Dijangka tiba di Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory, Petaling Jaya.
9.30 pagi
Pelajar berkumpul
Majlis bermula
Ucapan wakil dari pihak pusat jagaan
Ucapan wakil mahasiswa Universiti Malaya
10.00 pagi
Aktiviti “Ice Breaking”
10.30 pagi
LDK 1
12.00 tengahari
Makan Tengahari
12.30
Bertolak balik


Hari Kedua

MASA

AKTIVITI
8.00 pagi
Sarapan
8.30 pagi
Bertolak ke destinasi
9.00 pagi
Dijangka tiba di Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory, Petaling Jaya.
9.15 pagi
LDK 2
10.30 pagi
Rehat
11.00pagi
LDK 3
12.30 tengahari
Makan Tengahari
1.00 petang
Bertolak balik



Hari Ketiga

MASA

AKTIVITI
8.00 pagi
Sarapan
8.30 pagi
Bertolak ke destinasi
9.00 pagi
Dijangka tiba di Spastic Children’s Association of Selangor & Federal Territory, Petaling Jaya.
9.15 pagi
LDK 4
10.30 pagi
Rehat
11.00pagi
LDK 5
12.30 tengahari
Makan Tengah hari
1.00 petang
Closing Ceremony
2.00petang
Gotong-royong
3.00petang
Bertolak balik








LAMPIRAN B

ANGGARAN BELANJAWAN                                                    
BIL
PERBELANJAAN
KUANTITI
JUMLAH
1
LOGISTIK
Pengangkutan

8

RM50

2
Bahan-Bahan Aktiviti


                 -
     

RM50



3
CENDERAHATI
Pihak pentadbiran pusat jagaan rumah kesayangan dan peserta

-

RM100



JUMLAH KESELURUHAN

RM 200



No comments:

Post a Comment