Friday 29 May 2015

Kemudahan dan Rawatan

Terdapat 3 jenis kelas untuk terapi: physiotherapy, occupational therapy and speech therapy. 

Tempat fisioterapi (physiotherapy ) adalah suatu tempat dimana kanak-kanak dilatih untuk melembutkan pergerakkan kaki, tangan dan angota lain. Kebanyakkan pergerakkan mereka keras bukan kerana kerosakkan terus pada otot atau tulang, tapi dari otak.

Kelas Terapi Pekerjaan (Occupational therapy ) pula untuk memastikan paling penting posture duduk dan berdiri yang betul. Kemudian melatih pelajar untuk melakukan pergerakkan dengan teratur dan kemas. Sebagai contoh, seorang kanak menghadapi kesukaran untuk lakukan pergerakkan menggunakan tangan kanan. Jadi cikgu mengajarnya untuk menggunakan tangan kiri, untuk bantu pergerakkan tangan kanan.  Sebab kenapa tangan kanannya mengeras adalah kerana kurang melakukan fisioterapi di rumah, jadi sangat penting perhatian dan penjagaan  berterusan dari ibu bapa atau penjaga.

Kemudian kami melawat terapi pertuturan (speech therapy) pula. Memahami kanak-kanak spastik bertutur bukan sekadar mendengar sepatah-sepatah perkataan keluar dari mulut mereka, tapi cukup sekadar mereka faham apa yang kita cuba sampaikan dan mereka tahu bagaimana mahu menyampaikan apa yang mereka tahu.

Ada juga kelas biasa, yang mengajar subjek biasa di sekolah. Ada yang perlu pakai perlindungan tambahan kerana mereka jalan terhuyung-hayang dan langgar dinding, boleh menyebabkan lebih banyak kerosakkan otak.


Q: Siapa yang dapat CP? 

Orang yang mendapat CP tidak kira bangsa, lelaki atau perempuan, latar belakang keluarga, usia kandungan atau usia ibu yang mengandung. Ia terjadi setiap 800 kelahiran di dunia. Bukanlah salah ibu bapa apabila CP terjadi pada anak-anak, namun ada bukti menunjukkan ia boleh terjadi dengan kecederaan ketika dalam kandungan atau semasa lahir. Adalah jarang untuk CP berlaku dalam satu keluarga yang sama sebab ia bukan disebabkan keturunan.

No comments:

Post a Comment